Keluarga dakwa babi peliharaan sebagai babi tertua di dunia - Utusan Malaysia

Keluarga dakwa babi peliharaan sebagai babi tertua di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASHVILLE: Satu keluarga di Tennessee mendakwa seekor babi peliharaan mereka mungkin menjadi babi paling tua di dunia.

Keluarga itu memberitahu, babi peliharaan mereka yang diberi nama Snort kini sudah berusia 24 tahun.

Lapor UPI News, Trey Hunt, 28, darti Knoxville memberitahu, ibu bapanya sudah membela Snort sejak dia berusia empat tahun dan diberikan sebagai hadiah sempena hari jadinya.

“Ketika kecil, tingkah laku Snort tidak ubah seperti anjing dan enggan duduk di kandangnya.

“Berdasarkan umurnya, Snort mungkin menjadi babi tertua di dunia,” katanya.

Sebelum ini, Rekod Dunia Guinness mengiktiraf seekor babi yang dinamakan Jane sebagai babi tertua di dunia selepas haiwan itu mati pada usia 23 tahun.

Sehubungan itu, keluarga tersebut berharap Guinness akan mengiktiraf babi peliharaan mereka.

Namun, keluarga itu mengakui mereka tidak mempunyai sijil kelahiran Snort dan agak sukar untuk membuktikan usianya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya