Keletah bayi kembar enggan tidur apabila dipisahkan raih perhatian - Utusan Malaysia

Keletah bayi kembar enggan tidur apabila dipisahkan raih perhatian

RENNA Grund mendedahkan anak kembarnya, Lennox dan Lane tidak boleh tidur berasingan. - CATERS NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PAUL: Sebuah video dimuat naik oleh seorang wanita yang memaparkan bayi kembarnya berusia lapan bulan enggan tidur melainkan berada di buaian yang sama, menjadi tular di aplikasi TikTok.

Lapor Daily Mail, Brenna Grund, 27, dari Minnesota berkata, anak kembarnya, Lane dan Lennoz sering menangis apabila diletakkan dalam buaian berasingan di nurseri.

Satu klip video menunjukkan bayi kembar tersebut menangis sehingga muka kemerahan apabila dibiarkan tidur berasingan.

Kedua-dua bayi itu hanya menjadi tenang semula selepas Grund meletakkan mereka dalam buaian yang sama.

“Saya rasa sedih ketika memisahkan mereka, jadi saya mendukung bayi saya keluar dan selepas seketika meletakkan mereka bersebelahan di atas katil sama. 

“Selepas berbuat demikian, kedua anak saya tertidur dalam masa dua minit,” katanya.

Bagaimanapun, Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat (AS) tidak mensyorkan amalan tersebut sambil menyatakan perkongsian katil antara adik-beradik harus dielakkan.

Grund yang merupakan ibu kepada empat orang anak, berkongsi kehidupan keluarganya dengan menyiarkan video anak kembarnya dengan kira-kira 56,000 pengikut di laman TikToknya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya