PHILADELPHIA: Jabatan bomba memaklumkan masih terlalu awal untuk menentukan punca kebakaran di bangunan pangsapuri perumahan awam di kejiranan Fairmount yang mengorbankan 13 orang termasuk lapan daripadanya adalah kanak-kanak.
Timbalan Pertama Pesuruhjaya Bomba, Craig Murphy berkata, lapan orang berjaya menyelamatkan diri daripada bangunan itu melalui satu pintu keluar, sementara, dua lagi dimasukkan ke hospital.
Beliau malah memberitahu, insiden kebakaran itu adalah paling teruk yang pernah disaksikan sejak 35 tahun bertugas sebagai bomba.
“Kita dapati pengesan asap gagal berfungsi. Tidak semesitnya ini adalah kejadian yang mencurigakan.
“Kami sedang menyiasat perkara ini ke tahap tertinggi dan berusaha mengumpulkan semua maklumat dan sumber kami,” katanya.-AFP