CALIFORNIA: Pihak polis di Los Angeles terpaksa menarik keluar kapal terbang yang mendarat secara tiba-tiba di landasan kereta api sebelum dilanggar.
Lapor Reuters, rempuhan itu menyebabkan serpihan pesawat itu bertebaran di jalanan.
Rakaman sebuah video yang diterima oleh Reuters menunjukkan beberapa petugas keselamatan berusaha mengeluarkan juruterbang itu dari pesawat selepas mendarat di kejiranan Pacoima.
Difahamkan, anggota keselamatan dan juruterbang hanya berada dalam beberapa meter dari landasan tersebut sebelum kereta api itu merempuh pesawat tersebut.
Media tempatan melaporkan juruterbang itu berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami luka dan lebam.
Tiada penumpang yang tercedera dalam kereta api tersebut.