'Kami tidak tahu bagaimana teruskan hidup di bawah junta' - Utusan Malaysia

‘Kami tidak tahu bagaimana teruskan hidup di bawah junta’

PENUNJUK perasaan melakukan protes terhadap junta tentera di Yangon, Myanmar pada 5 Disember lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Konflik di Myanmar dilaporkan masih berterusan biarpun hampir setahun rampasan kuasa yang dilakukan junta tentera negara ini berlangsung.

Beberapa hari sebelum ulang tahun pertama rampasan kuasa yang dilakukan, iaitu 1 Februari depan, junta mengingatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan kekecohan, membuat bising seperti membunyikan hon atau mengetuk periuk sebagai ‘tanda meraikan’.

Mana-mana pihak yang didapati sengaja mencetuskan kekecohan akan didakwa atas kesalahan mengkhianat atau di bawah undang-undang antikeganasan.

Pertempuran harian antara ‘pasukan pertahanan rakyat’ yang digelar PDFs dengan pasukan tentera Myanmar masih berlaku dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Hampir 1,500 penduduk awam terbunuh dengan lebih 11,000 yang lain ditahan sepanjang junta tentera mengambil alih pentadbiran kerajaan Myanmar.

Hampir semua rakyat di negara ini menyifatkan mereka sebenarnya masih hidup dalam kegelapan biarpun junta cuba mengembalikan cara hidup normal mereka dengan membangunkan ekonomi.

“Kami masih hidup dalam era kegelapan. Kami perlu fikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan di bawah pemerintahan junta.

“Untuk itu, kami mungkin terpaksa perlu melupakan semua impian yang kami cuba usahakan selama ini,” kata seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Htoo Aung.

Sementara itu, kerajaan demokrasi bayangan mendakwa hampir 3,000 anggota junta tentera maut ketika bertempur dengan PDFs antara Jun dan November tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya