Jutaan spesies haiwan diancam kepupusan - WWF - Utusan Malaysia

Jutaan spesies haiwan diancam kepupusan – WWF

BERUANG kutub di Teluk Essen di kepulauan Franz Josef Land, Rusia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SWITZERLAND: Sebanyak 142,500 haiwan diletakkan dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Daripada jumlah itu, 40,000 daripadanya termasuk gajah, beruang, ikan jerung, katak dan ikan diancaman kepupusan, lapor Daily Mail.

Berdasarkan laporan Winners and Losers 2021, sekitar sejuta spesies akan pupus dalam dekad seterusnya yang bakal menjadi ancaman kepupusan terbesar sejak zaman dinosaur berakhir.

Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) memberi amaran tentang peningkatan bencana kepupusan spesies global yang memerlukan pakatan pemuliharaan global baharu.

Sebagai contoh, gajah Afrika merupakan binatang berisiko diancam kepupusan selepas spesies mamalia itu berkurang sebanyak 86 peratus dalam tempoh 31 tahun.

Beruang kutub turut diancam masalah sama sejak pencairan ais pek di Lautan Artik, manakala, spesies jerung dan ikan pari berkurang sebanyak 30 peratus.

Katak pokok dan kodok di Jerman turut dilanda masalah kepupusan besar-besaran, apabila separuh daripada spesies amfibia asli negara itu terancam akibat sektor pembinaan.

WWF menjelaskan ancaman kepupusan itu berpunca akibat penangkapan ikan berlebihan, kehilangan habitat dan krisis iklim global.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN