Jumpa semula dengan ibu selepas diculik selama 33 tahun - Utusan Malaysia

Jumpa semula dengan ibu selepas diculik selama 33 tahun

LI JINGWEI bertemu semula dengan ibu kandungnya selepas 33 tahun diculik dari Yunnan, barat daya China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki di China yang diculik kira-kira 33 tahun lalu akhirnya bertemu semula dengan keluarga kandungnya. 

Lapor Daily Mail, Li Jingwei, 37, disatukan kembali dengan ibu kandungnya selepas berjaya melukis peta kampungnya berdasarkan memori pada zaman kanak-kanaknya. 

LAKARAN peta kampung Li Jingwei berdasarkan memori pada zaman kanak-kanaknya. – AGENSI

 Menurut Jingwei, dia diculik ketika hanya berusia empat tahun oleh sekumpulan pemerdagangan kanak-kanak dari rumahnya yang terletak di wilayah Yunnan, barat daya China.

Kata Jingwei, dia kemudian diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan di Henan, utara-tengah China namun sering mengenang keluarga kandungnya di kampung halaman kerana terlalu rindu.

Setelah mendengar kisah pertemuan semula kanak-kanak lain  dengan keluarga mereka, Jingwei membuat keputusan untuk mengesan ibu bapa kandungnya. 

Jingwei melukis peta tersebut yang menampilkan butiran mengenai kampungnya.

Peta itu mengandungi rupa bentuk rumah dan peralatan digunakan penduduk kampung untuk memasak nasi kerana Jingwei tidak dapat mengingati nama ibu bapa kandungnya mahupun kampungnya.   

Bagaimanapun, polis berjaya memadankan lakaran peta yang dilukis itu dengan sebuah perkampungan kecil berhampiran Zhaotong.

Hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan Jingwei merupakan anak lelaki kepada seorang wanita dari kampung itu yang telah kehilangan anaknya.

Pasangan ibu dan anak itu kemudian disatukan semula di balai polis Henan pada pertama tahun 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya