JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) melanjutkan status pandemik Covid-19 menerusi Keputusan Presiden (Keppres) Nombor 24, 31 Disember lalu.
Lapor Kompas.com, Jokowi berkata, pandemik dan penyebaran virus itu dinyatakan sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 11 Mac lalu dan ditetapkan sebagai darurat kesihatan masyarakat.
Jelasnya, Covid-19 memberi ancaman terhadap pelbagai aspek termasuk kesihatan, ekonomi dan sosial di negara ini.
Beliau malah memberitahu undang-undang yang menetapkan mengenai anggaran pendapatan dan perbelanjaan negara akan melalui proses undang-undang dengan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) termasuk rangka persetujuan anggaran serta penentuan batas defisit menangani pandemik.
“Kerajaan juga akan mewujudkan polisi mengenai skim pembiayaan antara pihak kerajaan dengan entiti perniagaan berkaitan kewangan kesihatan dan perkhidmatan sosial dalam konteks menangani, mengawal dan mencegah wabak Covid-19” jelasnya.
Keputusan itu juga bermaksud virus tersebut belum berakhir di Indonesia.