Jiran terkejut nampak wanita selamba buang air besar tengah jalan - Utusan Malaysia

Jiran terkejut nampak wanita selamba buang air besar tengah jalan

AKSI wanita buang air besar atas jalan yang dirakam penduduk di bandar Scunthorpe. - DAILYSTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LINCOLNSHIRE: Penduduk di kejiranan Parkwood Avenue, Scunthorpe menjadi trauma selepas mendapati seorang wanita sanggup berhenti di persimpangan jalan hanya kerana mahu membuang air besar.

Lapor Daily Star, wajah wanita itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana memakai pelitup muka dan perbuatan menjijikkan itu dikesan pada pukul 3.20 petang waktu tempatan, minggu lalu.

Seorang penduduk yang terkesima dengan kejadian itu sempat mengambil gambar wanita tersebut yang sedang membongkok dari tempat duduk penumpang sambil bercakap menerusi telefon bimbit. 

Seorang penduduk yang tinggal berdekatan jalan itu, Nicky Johnson berasa malu dengan kejadian tersebut. 

Katanya, semasa keluar dari rumah pada waktu petang dengan rakannya, dia terlihat sebuah kereta biru dengan pintu di bahagian penumpang terbuka. 

“Semasa saya cuba menghampiri kereta itu, wanita itu sudah menarik seluarnya ke atas dan masuk ke dalam kereta. Dia sempat merenung tajam ke arah saya.  

“Apa yang saya lihat adalah begitu banyak najis bersepah atas jalan,” katanya. 

Susulan itu, Johnson menghubungi pihak polis dan Majlis Perbandaran North Lincolnshire bagi membersihkan najis di kawasan tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya