Jambatan runtuh beberapa jam sebelum Biden datang berucap - Utusan Malaysia

Jambatan runtuh beberapa jam sebelum Biden datang berucap

KEADAAN jambatan yang runtuh beberapa jam sebelum Joe Biden tiba di Pittsburgh untuk menyampaikan ucapan mengenai pelan pemulihan infrastruktur. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah jambatan runtuh pada awal pagi semalam di Pittsburgh, beberapa jam sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka tiba di bandar itu untuk berucap mengenai pelan membaiki infrastruktur yang uzur di negara ini.

Pihak berkuasa Pittsburgh memaklumkan, tiga orang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan selepas jambatan itu runtuh dalam gaung yang diselaputi salji tebal.

Setiausaha Akhbar Biden, Jen Psaki memberitahu, presiden itu sudah dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku dan tetap mahu meneruskan perjalanan ke Pittsburgh, selain beliau akan dimaklumkan mengenai perkembangan semasa.

Setibanya Biden di Pittsburgh, beliau terus dibawa ke lokasi kejadian.

“Pittsburgh mempunyai lebih banyak jambatan berbanding bandar lain di seluruh dunia dan kita akan membaiki kesemuanya. Ini bukan gurauan.

“Terdapat 43,000 jambatan di seluruh AS dan kita akan membaiki kesemuanya,” tegas Biden.

Dalam ucapannya, Biden menyatakan membaiki semula infrastruktur di negara ini boleh membangunkan pertumbuhan ekonomi AS untuk terus bersaing secara global.

“Bagi memastikan ekonomi negara ini terus kukuh, kita perlukan ‘masa depan’ yang dihasilkan di AS.

“Itu bermakna, kita perlu gunakan produk, bahan yang dihasilkan di negara ini, sekali gus membuka pintu peluang pekerjaan dan membina rangkaian bekalan,” ujarnya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya