Indonesia beri dos penggalak mulai 12 Januari ini - Utusan Malaysia

Indonesia beri dos penggalak mulai 12 Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia akan memberikan suntikan dos pengalak vaksin Covid-19 kepada orang awam mulai 12 Januari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin di tengah-tengah penularan varian Omicron di negara berkenaan.

Menurut Budi, kira-kira 21 juta orang terlibat dibawah `program dos penggalak’ pada bulan ini.

“Presiden sudah memutuskan bahawa program itu akan bermula pada 12 Januari ini,” katanya.

Sebelum ini, petugas kesihatan menerima dos penggalak pada Julai tahun lalu.

Kini, kerajaan bercadang untuk memulakan pemberian dos penggalak bagi melindungi semua populasi dewasa yang sudah mendapatkan suntikan kedua vaksin Covid-19 sejak enam bulan lalu.

Setakat ini, kira-kira 42 peratus daripada 270 juta penduduk Indonesia menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 keluaran Sinovac, Pfizer-BioNTech atau Moderna.

Sementara itu, Budi berkata, Indonesia memerlukan kira-kira 230 juta dos penggalak bagi program imunisasi terbabit dan pihaknya sudah memperoleh hampir separuh jumlah berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya