Identiti empat sekeluarga mati beku di Kanada dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti empat sekeluarga mati beku di Kanada dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Pihak berkuasa Kanada sudah mengenal pasti identiti empat rakyat India yang ditemukan mati dalam keadaan beku di Manitoba berhampiran sempadan Kanada-Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Suruhanjaya Tinggi India di Ottawa mengeluarkan kenyataan memaklumkan keempat-empat individu itu merupakan sekeluarga iaitu Jagdish Baldevbhai Patel, 39 tahun, isterinya, Vaishaliben Jagdishkumar Patel, 37 tahun, dan dua anak mereka iaitu Vihangi Jagdishkumar Patel, 11 tahun serta Dharmik Jagdishkumar Patel, tiga tahun.

Suruhanjaya itu juga memberitahu, ahli keluarga mereka di India sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Pasukan penyiasat memaklumkan, empat sekeluarga itu cuba melintasi sempadan dengan berjalan kaki pada 19 Januari dalam keadaan salji tebal dan angin kencang sebelum terkandas dan terkorban.

Pihak berkuasa memberitahu, keluarga itu terpisah dari kumpulan seramai 18 orang dan terkandas dalam ribut salji.

Insiden itu mendapat perhatian pelbagai pihak di negara ini dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyifatkannya sebagai ‘tragedi yang amat dikesali’.

Polis Kanada percaya keluarga itu tiba di negara ini pada 12 Januari lalu dengan sampai di Toronto sebelum ke Emerson, Manitoba pada 18 Januari.

Selain itu, tiada kenderaan dikesan berada di lokasi kejadian, sekali gus menunjukkan empat sekeluarga itu diturunkan di sana oleh pihak lain.

Sementara itu, pihak berkuasa negara ini tidak menolak keluarga itu merupakan sebahagian daripada mangsa sindiket penyeludupan manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya