Hoba batu meteor terbesar jatuh ke bumi, tidak pernah dialihkan - Utusan Malaysia

Hoba batu meteor terbesar jatuh ke bumi, tidak pernah dialihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WINDHOEK: Hoba merupakan batu meteor paling besar yang pernah direkodkan jatuh ke bumi.

Batu meteor itu seberat 60 tan dan ketika ia melanggar Bumi, batu dari angkasa lepas tersebut jatuh di Otjozondjupa, Namibia.

Namanya diperoleh berdasarkan nama petani yang menemukannya buat kali pertama, iaitu Hoba West pada 1920.

Sejak ditemukan, batu meteor tersebut tidak pernah dialihkan sehingga kini.

Hoba dianggarkan jatuh ke bumi kira-kira 80,000 tahun lalu, namun menimbulkan pelbagai spekulasi selama beberapa tahun kerana tiada kawah terbentuk akibat kesan kejatuhannya.

Menurut Geology.com, ketiadaan kawah itu menunjukkan batu meteor tersebut jatuh ke bumi pada kelajuan yang rendah.

Pada 1955, Hoba diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan Namibia bagi mengelakkannya menjadi bahan vandalisme orang ramai.

Pada 1987, pusat pelancongan dibuka berhampiran tapak meteor tersebut dan dikunjungi orang ramai dari seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya