Harga perabot Ikea di UK naik 50 peratus - Utusan Malaysia

Harga perabot Ikea di UK naik 50 peratus

HARGA katil sofa Hemnes meningkat dari 215 pound sterling (RM1,211) kepada 279 pound sterling (RM1,572).-IKEA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNITED KINGDOM: Ikea menaikkan harga perabot sebanyak 50 peratus di seluruh 27 gedung di United Kingdom akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan gangguan terhadap kos bekalan rantaiannya.

Lapor Daily Mail, kenaikan itu termasuk meja, katil dan set almari pakaian yang menyaksikan harga melambung secara besar-besaran susulan kos penghantaran, bahan mentah dan tenaga turut meningkat.

“Berdasarkan analisis Daily Mail menerusi laman web Ikea, harga meja Malm meningkat Disember tahun lalu dari 99 pound sterling (RM557.96) kepada 150 pound sterling (RM845.44), menyaksikan peningkatan 52 peratus.

“Katil sofa Hemnes meningkat daripada 215 pound sterling (RM1,211) kepada 279 pound sterling (RM1,572).

“Sofa dua tempat duduk Klippan pula meningkat 199 pound sterling (RM1,121) dari 229 pound sterling (RM1,290) iaitu 15 peratus peningkatan, manakala harga kerusi pejabat Alefjall melonjak lebih satu perlima kepada 279 pound sterling (RM1,572),” kata laporan itu.

Data yang dikeluarkan Disember 2021 menunjukkan harga meningkat lebih cepat selama 10 tahun sekali gus mencetuskan kebimbangan negara akan berdepan krisis kos sara hidup sempena tahun baharu.

“Isi rumah sudah sedia ada menghadapi tekanan besar bagi kewangan mereka tahun ini disebabkan bil elektrik yang melambung tinggi, kenaikan cukai dan harga kedai,” katanya.

Jurucakap Ikea berkata, syarikat itu berjaya menyerap peningkatan kos ketara yang dialami merentasi rantaian bekalan sambil mengekalkan harga serendah yang boleh.

“Seperti kebanyakan peruncit lain, kami terpaksa menaikkan harga untuk mengurangkan kesan ke atas perniagaan kami. Pandemik Covid-19 terus berkembang dan memberi kesan kepada industri di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, terdapat laporan pelanggan menempatkan barang mereka ke bakul pembelian seminggu sebelum Krismas hanya untuk menyemak peningkatan harga sebelum mendaftar keluar dan membuat pembayaran.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN