Halaman komik Spider-Man dijual RM14.03 juta - Utusan Malaysia

Halaman komik Spider-Man dijual RM14.03 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Satu halaman karya seni asli daripada buku komik adiwira Spiderman terbitan 1984, berjaya dijual pada harga AS$3.36 juta (RM14.03 juta) dalam satu acara lelongan di Amerika Syarikat (AS).

Karya seni itu dihasilkan oleh Mike Zeck yang dipaparkan dalam muka surat 25 buku komik, Marvel Super Heroes Secret Wars No.8.

Halaman itu memaparkan penampilan pertama sut hitam ‘symbiote’ Spider-Man yang akhirnya membawa kepada kemunculan watak ‘Venom’.

“Halaman ini adalah pendedahan besar yang dinyatakan pada muka depan komik tersebut.

“Di sinilah Peter Paker sebenarnya mendapat kostum hitam baharunya. Namun, ia merupakan kostum dengan rahsia dan agendanya tersendiri yang kemudian membawa kepada watak Venom,” jelas rumah lelongan, Heritage Auctions.

Karya seni itu dijual dalam acara lelongan di Dallas, Texas.

Harga tawaran bagi karya seni itu bermula pada AS$300,000 (RM1.25 juta).

Rekod sebelum ini dicatatkan bagi satu halaman karya seni daripada buku komik, The Incredible Hulk terbitan 1974 yang memaparkan imej pertama Wolverine.

Halaman itu berjaya dijual pada harga AS$657,250 (RM2.74 juta). 

Sementara itu, Heritage Auctions memaklumkan sebuah salinan buku, Action Comics No. 1 terbitan 1938 yang merupakan penampilan pertama adiwira Superman, dijual pada harga AS$3.18 juta (RM13.28 juta) dalam acara lelongan itu. – AFP  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya