TEXAS: Seorang guru di Amerika Syarikat (AS) ditangkap selepas didakwa mengurung anak lelakinya yang positif Covid-19 dalam bonet kereta.
Lapor BBC, tindakan itu dilakukan semasa wanita itu memandu ke tempat ujian calitan berlainan di Stadium Pridgeon, bagi mengesahkan jangkitan tersebut.
Sarah Beam, 41, berdepan pertuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak berusia 13 tahun itu.
Kejadian dilaporkan oleh seorang saksi yang menghubungi pihak polis selepas mendengar seseorang berada di dalam bonet kenderaan, 3 Januari lalu.
Guru itu difahamkan membuka bonet kereta bagi menunjukkan keadaan budak itu yang terbaring di dalam kereta.
Beam berkata, tujuan dia mengambil langkah tersebut kerana tidak mahu dirinya dijangkiti dan terdedah dengan jangkitan Covid-19.
Beam bertugas di Sekolah Tinggi Cypress Falls sejak 2011.