Golongan kaya bertambah kaya, penduduk miskin terus merana - Utusan Malaysia

Golongan kaya bertambah kaya, penduduk miskin terus merana

WAJAH 10 bilionair terkaya di dunia sepanjang 2021. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAVOS: Yang kaya terus kaya, yang miskin terus papa kedana. 

Itu kesimpulan sempena tahun baharu 2022 yang menyaksikan golongan paling kaya di dunia bertambah kaya, sementara bilangan penduduk miskin semakin bertambah.

Lapor BBC, organisasi antarabangsa kebajikan, Oxfam menerusi laporannya mendedahkan pendapatan yang lebih rendah bagi golongan termiskin di dunia menyumbang kepada 21,000 kematian setiap hari. 

Sedangkan, pada masa sama, 10 lelaki terkaya di dunia menggandakan kekayaan kolektif mereka sejak Mac 2020. 

Ketua Pegawai Eksekutif Oxfam, Danny Sriskandarajah berkata, badan amal itu menetapkan laporan setiap tahun bagi menarik perhatian golongan elit ekonomi, ahli perniagaan dan politik. 

“Tahun ini, apa yang berlaku adalah di luar skala sepatutnya kerana sesuatu yang sangat cacat dengan sistem ekonomi kita.  

“Terdapat bilionair baharu yang dicipta hampir setiap hari semasa wabak berlaku, manakala, 99 peratus penduduk dunia mengalami kehidupan lebih teruk akibat perintah berkurung, perdagangan antarabangsa yang lebih rendah, pelancongan antarabangsa semakin kurang. 

“Kesannya, 160 juta penduduk dunia terjerumus ke kancah kemiskinan,” jelasnya. 

Oxfam menerbitkan laporan tentang ketidaksamaan global semasa mesyuarat Forum Ekonomi Dunia di Davos. 

Mesyuarat itu menyaksikan ribuan pemimpin korporat, ahli politik, selebriti, juru kempen, ahli ekonomi dan wartawan berkumpul di pusat peranginan ski Switzerland.

Bagaimanapun, sempena tahun kedua acara itu, mesyuarat yang dijadualkan minggu ini akan dilaksanakan secara dalam talian selepas kemunculan varian Omicron. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya