TAIPEI: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 skala Richter melanda pantai timur Taiwan petang tadi.
Menurut Biro Cuaca Pusat, gegaran dirasai di seluruh ibu kota Taipei namun tiada laporan kerosakan dilaporkan setakat ini.
Jelas agensi berkenaan, gempa bumi itu melanda pada kedalaman 19 kilometer (km).
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula meletakkan magnitud lebih tinggi iaitu pada 6.2 skala Richter.
Pusat gempa berlaku di laut kira-kira 56 km timur bandar pantai Hualien. – AFP