Gabenor Sumatera Utara minta disiapkan 1,000 wanita cantik - Utusan Malaysia

Gabenor Sumatera Utara minta disiapkan 1,000 wanita cantik

EDY RAHMAYADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Gabenor Sumatera Utara, Edy Rahmayadi mengeluarkan arahan kepada anak buahnya supaya menyediakan seramai 1,000 wanita cantik sempena Minggu Sukan Negara XXI 2024 (PON).

Lapor CNN Indonesia, acara pembukaan PON akan berlangsung di Sumatera Utara dan majlis penutup di Aceh.

Oleh itu, Edy meminta supaya fasiliti sukan disediakan bagi setiap atlet yang masuk bertanding.

Jelasnya, pemilihan wanita cantik itu bertujuan menyambut tetamu di hotel dengan memakai pakaian tradisional mengikut adat.

“Cantik tetapi dengan syarat tidak boleh disentuh. Hanya boleh dilihat sahaja.

“Kita akan letakkan mereka di setiap hotel khusus menyambut ketibaan tetamu dengan dilengkapi tariannya,” katanya.

Dalam masa sama, Edy turut meminta pihak penyelaras merekodkan bilangan hotel yang akan digunakan oleh setiap tetamu dan kontinjen dari pelbagai wilayah.

Katanya, bilik tetamu VVIP di lapangan terbang perlu disediakan bagi menerima ketibaan tetamu penting.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya