HOUSTON: Enam orang dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah loji kimia di bandar Westlake di selatan Louisiana, Amerika Syarikat (AS).
Laporan media tempatan KLFY yang memetik sumber polis menyatakan, letupan itu berlaku di bahagian tangki penyimpanan etilena diklorida di Westlake Chemical.
Jelas laporan itu, seorang pekerja dirawat di lokasi kejadian manakala lima lagi dikejarkan ke sebuah hospital yang berdekatan.
Sementara itu, jurucakap Westlake Chemical, Joe Andrepont berkata, tiada kecederaan kritikal atau mengancam nyawa dilaporkan.
Katanya, siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan giat dijalankan.
“Siasatan itu mungkin akan mengambil masa beberapa minggu,” katanya. – XINHUA