Empat tebusan di rumah ibadat Yahudi selamat, suspek ditembak mati - Utusan Malaysia

Empat tebusan di rumah ibadat Yahudi selamat, suspek ditembak mati

KENDERAAN berperisai berkawal di luar rumah ibadat Yahudi yang menjadi lokasi empat individu dijadikan tebusan di Colleyville, Texas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLLEYVILLE, Texas: Kesemua empat individu yang dijadikan tebusan selama lebih 10 jam di sebuah rumah ibadat Yahudi di sini dibebaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan manakala suspek yang menahan mereka ditembak mati oleh polis.

Terdahulu, suspek yang merupakan seorang lelaki rakyat Britain menuntut pembebasan seorang pengganas dengan menjadikan empat individu tersebut sebagai tebusan di rumah ibadat berkenaan.

Suspek menuntut Aafia Siddiqui yang digelar sebagai ‘Lady Qaeda’ untuk dibebaskan, selain identitinya sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Colleyville, Michael Miller dalam sidang akhbar memaklumkan, pasukan keselamatan berjaya memasuki rumah ibadat tersebut dan menyelamatkan tiga tebusan.

Seorang tebusan sudah dibebaskan beberapa jam sebelum itu.

“Suspek juga ditembak mati oleh polis kerana mendatangkan ancaman,” katanya.

Ejen Khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Dallas, Matt DeSarno berkata, kesemua tebusan itu dalam keadaan stabil dan tidak memerlukan rawatan perubatan, malah mereka akan disatukan bersama keluarga masing-masing.

Media tempatan sebelum ini melaporkan mereka terdengar bunyi letupan kuat dan tembakan di lokasi kejadian sebelum sidang akhbar berlangsung.

Pembebasan ketiga-tiga tebusan itu diumumkan oleh Gabenor Texas, Greg Abbott pada pukul 9.30 malam waktu tempatan, iaitu lebih 10 jam selepas mereka ditahan.

Suspek sebelum itu dilaporkan mempunyai senjata dan mendakwa sudah meletakkan bom di beberapa lokasi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya