NAIROBI: Sekumpulan wanita warga emas mempelajari seni mempertahankan diri iaitu taekwando bagi mengelakkan diri mereka menjadi mangsa gangguan seksual.
Di kawasan setinggan Korogocho di Nairobi, golongan wanita berusia antara 60 hingga 110 tahun giat menyertai kelas taekwando di sebuah pusat masyarakat.
Biarpun sudah berusia, kumpulan tersebut masih berisiko menjadi mangsa serangan seksual kerana dianggap sebagai golongan lemah.
Selain diajar strategi untuk menjerit meminta pertolongan sekiranya diserang, golongan tersebut turut ditunjukkan asas seni pertahanan diri.
Menurut pihak berkuasa Nairobi, majoriti kes serangan seksual melibatkan pihak yang dekat dengan golongan wanita.
Sehubungan itu, golongan wanita diharap menyedari kemampuan mereka untuk melindungi diri menerusi mempelajari seni mempertahankan diri. – AGENSI