Dua gempa bumi sederhana landa Haiti ragut dua nyawa - Utusan Malaysia

Dua gempa bumi sederhana landa Haiti ragut dua nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAITI: Dua maut dan berpuluh-puluh pelajar lain cedera selepas gempa bumi 5.3 skala Richter melanda barat daya Haiti, pagi tadi.

Gempa bumi sederhana itu turut menyebabkan ratusan rumah rosak.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 8.16 pagi waktu tempatan, disusuli dengan gempa bumi kedua dengan ukuran 5.1 skala Richter sejam kemudian.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, kedua-dua gegaran berpusat di semenanjung selatan Haiti, barat ibu kota, Port-au-Prince.

Agensi Perlindungan Awam Haiti memaklumkan, pelajar sekolah yang cedera berusia antara 15 hingga 23 tahun dan dibawa ke hospital.

Jelasnya, sebanyak 191 rumah musnah dan 591 rumah lain rosak di wilayah itu.-AP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya