Dua beradik lelaki 11 tahun maut di taman permainan - Utusan Malaysia

Dua beradik lelaki 11 tahun maut di taman permainan

TAMAN permainan di Greenridge Crescent di Upper Bukit Timah.- CNA/Gaya Chandramohan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dua beradik lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut berdekatan sebuah taman permainan di Greenridge Crescent di Upper Bukit Timah, petang semalam.

Lapor berita.mediacorp, polis menyatakan pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki sekitar 6.25 petang, semalam.

“Sejurus tiba, pihak polis mendapati kedua-dua beradik itu terbujur kaku di sekitar taman permainan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

“Ini adalah satu tragedi yang menyayat hati dan tidak dapat dibayangkan perasaan sesiapa yang bergelar ibu bapa,” kata pihak polis.

Pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian luar biasa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya