Ditolak lelaki tidak dikenali, wanita maut digilis tren di New York - Utusan Malaysia

Ditolak lelaki tidak dikenali, wanita maut digilis tren di New York

POLIS berkawal di lokasi kejadian selepas seorang wanita maut ditolak ke landasan oleh lelaki tidak dikenali. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang wanita menemui ajal selepas dia ditolak oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sebuah tren bawah tanah tiba di stesen Times Square.

Polis memaklumkan, suspek yang dikenali sebagai Simon Martial, 61, pada mulanya melarikan diri sebelum menyerah diri tidak lama kemudian di balai polis.

Pesuruhjaya polis, Keechant Sewell dalam sidang akhbar memaklumkan, mangsa merupakan penduduk New York berusia 40 tahun dan berketurunan Asia yang ketika itu menunggu ketibaan tren sebelum dia ditolak lelaki berkenaan.

“Insiden itu berlaku tanpa sebarang provokasi dan mangsa juga tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan suspek.

“Seorang saksi memberitahu, suspek sebelum itu ada mendekatinya dan gerak hatinya merasakan lelaki itu akan menolaknya dan berusaha menjauhinya,” kata Sewell.

Tidak lama selepas itu, suspek terus menolak wanita lain yang merupakan mangsa ketika tren semakin menghampiri.

Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu mempunyai rekod lampau jenayah dan kini menjalani parol.

Insiden jenayah melibatkan penumpang tren bawah tanah sering menjadi kebimbangan banyak pihak.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, beberapa kejadian termasuk penumpang ditikam dan dikelar direkodkan berlaku di dalam tren.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya