JAKARTA: Kes Demam Babi Afrika atau African swine fever (ASF) yang ditemukan di Thailand baru-baru ini, turut dilaporkan di beberapa kawasan di Indonesia.
Berdasarkan laman web rasmi Kementerian Pertanian Indonesia, kes ASF pernah ditemukan di beberapa kota atau kabupaten di Sumatera Utara.
Antara bandar yang dijangkiti demam tersebut adalah Dairi, Deli Serdang, Karo, Tebing Tinggi, Permatang, Tapanuli Selatan, Langkat dan Pematang Siantar.
Kementerian mengklasifikasikan demam babi Afrika sebagai penyakit pada babi yang sangat menular dan boleh menyebabkan kematian pada babi hingga seratus peratus serta mengakibatkan kerugian ekonomi yang sangat besar.
Portal USDA melaporkan, demam ASF sebenarnya bukanlah ancaman bagi kesihatan manusia dan tidak dapat disebarkan dari babi ke manusia.
Kes demam ASF sudah banyak direkodkan di seluruh dunia seperti di Haiti.-KOMPAS.COM