Dakwa dos penggalak kurangkan jangkitan serius, England mansuh sekatan Covid-19 - Utusan Malaysia

Dakwa dos penggalak kurangkan jangkitan serius, England mansuh sekatan Covid-19

ORANG ramai beratur sebelum menaiki tren Eurostar di Stesen Antarabangsa St. Pancras di London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain memansuhkan semua sekatan Covid-19 termasuk kewajipan pemakaian pelitup muka susulan pemberian dos penggalak berjaya mengurangkan bilangan individu yang menghidap penyakit kritikal serta dimasukkan ke hospital. 

Bermula semalam, pemakaian pelitup muka tidak lagi diperlukan di semua kawasan di England dan keperluan pas Covid-19 bagi memasuki kelab malam dan lokasi acara besar juga dibatalkan. 

Kerajaan turut menarik balik nasihat bekerja dari rumah serta pemakaian pelitup muka di dalam kelas di sekolah. 

Peraturan ‘Pelan B’ diperkenalkan sejak awal Disember lalu, bagi mengekang penularan varian Omicron daripada menjejaskan fasiliti kesihatan serta memastikan penduduk mendapatkan suntikan dos penggalak. 

Menteri Kesihatan, Sajid Javid berkata, pelancaran vaksin, ujian dan pembangunan antivirus menjadikan Eropah mempunyai ‘pertahanan yang kuat’ bagi membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal. 

“Sambil kita belajar untuk hidup dengan Covid-19, kita perlu berhati-hati kerana virus ini tidak akan hilang .

“Walaupun jangkitan terus menurun, varian Omicron kekal berleluasa di seluruh negara terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan orang tua,” jelasnya.

Hampir 84 peratus individu berusia 12 tahun ke atas di UK sudah menerima suntikan vaksin kedua, manakala 81 peratus menerima dos penggalak. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya