Covid-19: India mulakan kempen vaksinasi remaja 15 hingga 18 tahun - Utusan Malaysia

Covid-19: India mulakan kempen vaksinasi remaja 15 hingga 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India hari ini memulakan pelaksanaan kempen vaksinasi Covid-19 terhadap golongan remaja berusia 15 hingga 18 tahun di negara itu.

Ia merupakan sebahagian usaha meluaskan kempen inokulasi bagi menampung populasi remaja paling besar di dunia di tengah-tengah kebimbangan varian Omicron meningkatkan bilangan kes jangkitan baharu Covid-19.

Sebanyak 33,750 kes baharu Covid-19 dan 123 kematian akibat jangkitan itu dilaporkan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes varian Omicron yang dikesan di India adalah sebanyak 1,700 kes.

Sekolah awam dan swasta akan berfungsi sebagai pusat vaksinasi untuk golongan remaja berkenaan.

Malah, pihak pengurusan sekolah juga diarahkan untuk melaporkan data vaksinasi harian kepada pihak berkuasa tempatan.

“Remaja tersebut akan menerima suntikan vaksin di sekolah masing-masing. Mereka juga boleh mendapatkan dos suntikan di pusat vaksinasi berkaitan,” kata Pesuruhjaya Kesihatan Gujarat, Jai Prakash.

Sementara itu, pihak berkuasa di Gujarat berharap dapat memberikan dos pertama vaksin kepada kira-kira 3.6 juta remaja sepanjang minggu ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya