Covid-19: Britain tawar vaksin kepada kanak-kanak 5-11 tahun - Utusan Malaysia

Covid-19: Britain tawar vaksin kepada kanak-kanak 5-11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain akan mula menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang paling berisiko terkena jangkitan virus itu.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) England, vaksinasi itu akan bermula pada minggu ini.

Dilaporkan, Britain lebih perlahan berbanding negara-negara lain dalam menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Malah, Britain juga tidak bercadang untuk memberi vaksin kepada kumpulan umur itu secara lebih meluas berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

NHS England memaklumkan kanak-kanak dalam kohort yang berada dalam kumpulan berisiko klinikal atau tinggal bersama individu mengalami imunosupresi akan mendapat suntikan dos vaksin pertama.

Jelasnya, langkah itu selaras dengan nasihat dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bersama Vaksin dan Imunisasi pada bulan lalu.

“Saya mahu ibu bapa dan penjaga yakin bahawa tiada vaksin baharu untuk kanak-kanak akan diluluskan melainkan jangkaan piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan dipenuhi.

“Saya menggalakkan seramai mungkin untuk memastikan anak mereka mendapat suntikan apabila dihubungi,” kata Menteri Vaksin, Maggie Throup.

Dilaporkan, kanak-kanak akan diberi 100 mikrogram suntikan Pfizer-BioNTech sebagai dos pertama dan kedua. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya