Colorado Fire kebakaran hutan pertama landa California bagi 2022 - Utusan Malaysia

Colorado Fire kebakaran hutan pertama landa California bagi 2022

PASUKAN bomba memadamkan kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat pada 25 September tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Satu kebakaran hutan yang melibatkan kawasan seluas 607 hektar berhampiran Big Sur, di sini menyebabkan sejumlah penduduk terpaksa dipindahkan dan beberapa bahagian lebuh raya utama ditutup.

Kebakaran yang dinamakan sebagai ‘Colorado Fire‘ itu dilaporkan semakin aktif sejak Jumaat lalu dengan hanya lima peratus yang berjaya dipadamkan, menurut Jabatan Perlindungan Kebakaran dan Perhutanan California.

Kira-kira 20 kilometer laluan di Lebuh Raya Negeri 1 ditutup berhampiran pekan Carmel sehingga Taman Negeri Andrew Molera.

Selain itu, 400 penduduk di daerah Monterey dipindahkan dari 1,100 unit kediaman dan ada dalam kalangan mereka terpaksa bermalam di sekolah yang dijadikan sebagai pusat perlindungan sementara.

Kebakaran hutan itu merupakan yang pertama berlaku dalam tahun ini selepas California dilanda sejumlah kebakaran hutan setiap tahun.

Pada tahun lalu, terdapat sebanyak 297 kebakaran hutan direkodkan melibatkan kawasan seluas 474 hektar. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya