CEO Pfizer bermain teka-teki keperluan dos keempat vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

CEO Pfizer bermain teka-teki keperluan dos keempat vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer memberitahu, pihaknya masih belum jelas sama ada dos keempat vaksin Covid-19 keluaran syarikatnya diperlukan atau sebaliknya, tetapi meramalkan bahawa versi suntikan khusus melawan varian Omicron akan tersedia menjelang Mac ini.

Albert Bourla ketika ditemu bual CNBC berkata, lebih banyak bukti diperlukan kepada dos keempat sebelum diketahui sama ada ia menawarkan lebih banyak perlindungan daripada wabak itu.

“Saya tidak tahu sama ada terdapat keperluan untuk suntikan keempat. Itu sesuatu yang perlu diuji, dan saya tahu Israel telah pun memulakan beberapa eksperimen itu dan kami juga akan menjalankan beberapa eksperimen untuk memastikan bahawa jika perlu, kami menggunakannya,” katanya.

Berikutan kemunculan varian Omicron, Israel mula menawarkan suntikan vaksin keempat kepada orang ramai berusia 60 tahun ke atas dan petugas perubatan.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Naftali Bennett berkata, dos keempat Pfizer-BioNTech menyebabkan peningkatan ketara dalam antibodi dalam masa seminggu selepas mengambilnya, memetik data sementara daripada kajian Israel mengenai perkara itu melibatkan kajian di satu hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya