Cantuman logam pada tengkorak pahlawan Peru bukti pembedahan tertua dunia - Utusan Malaysia

Cantuman logam pada tengkorak pahlawan Peru bukti pembedahan tertua dunia

TENGKORAK dipercayai milik pahlawan Peru yang menjalani pembedahan mencantumkan kepingan logam bagi membaiki struktur yang patah. - MUZIUM OSTEOLOGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Muzium Osteologi di Oklahoma mendapati tengkorak seorang pahlawan Peru berusia 2,000 tahun yang dicantumkan dengan logam menjadi bukti pembedahan ‘canggih’ tertua di dunia. 

Tengkorak yang terdapat dalam koleksi muzium itu dilaporkan adalah milik seorang lelaki yang cedera semasa pertempuran akibat penggunaan peluru seperti katapel sebelum menjalani beberapa bentuk pembedahan terawal untuk menanam kepingan logam di tulang kepalanya yang patah. 

Pakar memberitahu Daily Star lelaki itu berjaya menjalani pembedahan tersebut dan tengkoraknya kini menjadi bukti penting bagi manusia purba yang mampu melakukan pembedahan. 

Tengkorak itu merupakan bentuk pengubahsuaian zaman purba dengan etnik tersebut sengaja mencacatkan tengkorak kanak-kanak ketika kecil dan mengikatnya dengan kain serta mengikat di antara dua kepingan kayu bagi tempoh lama. 

Pelbagai alasan diberikan untuk memanjangkan tengkorak manusia termasuk sebagai satu bentuk pertahanan selain sebagai cara golongan elit menonjolkan diri mereka dalam masyarakat. 

“Ini adalah tengkorak memanjang orang Peru dengan logam ditanam menerusi pembedahan selepas pulang dari pertempuran.

“Ia merupakan salah satu koleksi kami yang menarik dan tertua dalam simpanan di muzium. Berdasarkan tulang patah yang mengelilingi pembaikan itu, anda dapat lihat ia bercantum rapat. Ini adalah satu bukti pembedahan yang berjaya,” jelasnya.

Tengkorak itu asalnya disimpan dalam koleksi peribadi muzium, namun dipamerkan secara rasmi sejak 2020 selepas orang ramai semakin berminat terhadap artifak itu susulan liputan berita mengenai penemuan tengkorak tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya