Kanak-kanak perempuan tiga tahun maut tertembak diri sendiri - Utusan Malaysia

Kanak-kanak perempuan tiga tahun maut tertembak diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di North Carolina dilaporkan maut selepas secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri ketika sambutan Hari Krimas yang lalu.

Lapor New York Post, mangsa yang dikenali sebagai Aylee Gordon merupakan anak kepada syerif di daerah Henderson yang sudah bersara, Kapten Tim Gordon.

Menurut laporan NBC News, mangsa dikatakan mengambil pistol yang ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta seorang tetamu yang mengunjungi rumah keluarga tersebut di Edneyville.

“Aylee mengambil pistol itu dan secara tidak sengaja tertarik picu oistol dan peluru menembusi kepalanya,” kata Gordon ketika menghubungi talian kecemasan 911 untuk memaklumkan perkara tersebut.

Tambah laporan itu, Aylee meninggal dunia di Hospital Mission di Ashville pada Selasa lalu.

Polis sedang menjalankan siasatan termasuk menimbang kemungkinan pertuduhan jenayah dalam kes tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya