LONDON: Britain bersedia menawarkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan menambah jumlah tentera, senjata, kapal perang dan jet untuk ditempatkan di Eropah.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sebagai maklum balas kepada ‘permusuhan Rusia’ yang semakin memuncak terhadap Ukraine.
Menurut pejabat Perdana Menteri, tawaran tersebut akan dibuat kepada ketua tentera NATO pada minggu ini.
Tawaran itu bakal menyaksikan Britain menggandakan kekuatan kira-kira 1,150 tentera United Kingdom (UK) yang ketika ini ditempatkan di negara Eropah timur dan ‘senjata pertahanan’ dihantar ke Estonia.
“Langkah itu menghantar mesej jelas kepada Kremlin bahawa kami tidak akan sesekali bertolak ansur dengan aktiviti yang mengganggu kestabilan.
“Kami akan sentiasa bersama sekutu NATO dalam menghadapi permusuhan Rusia.
“Saya juga telah mengarahkan angkatan tentera untuk bersedia ditempatkan di seluruh Eropah pada minggu depan agar dapat menyokong sekutu NATO di darat, laut dan udara,” jelas Johnson dalam kenyataan. – AFP