MIAMI: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi mencari 39 orang dikhuatiri hilang apabila sebuah bot yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pemerdagangan manusia, dilaporkan terbalik di pantai Florida.
Pengawal Pantai di Miami memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada nelayan yang menyelamatkan seorang mangsa berpaut pada bot yang terbalik kira-kira 72.4 kilometer (km) di timur Fort Pierce Inlet.
Menurut mangsa, bot itu berlepas dari Bimmi di Bahamas pada malam Sabtu dan berdepan cuaca buruk sehingga menyebabkan bot itu terbalik.
“Berdasarkan kenyataan mangsa yang terselamat, tiada seorang pun yang memakai jaket keselamatan.
“Pasukan Pengawal Pantai dari darat dan udara sedang giat melakukan operasi pencarian mangsa yang terselamat.
“Kami syaki ini kes ini berkaitan kegiatan pemerdagangan manusia,” katanya menerusi Twitter. – AFP/AGENSI