Berpindah ke planet lain jika tidak mahu pupus - Elon Musk - Utusan Malaysia

Berpindah ke planet lain jika tidak mahu pupus – Elon Musk

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Elon Musk membuat kenyataan penuh kontroversi apabila mendakwa ‘semua spesies di muka bumi akan pupus 100 peratus’ melainkan manusia berhijrah ke planet lain. 

Lapor Daily Star, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu sentiasa menanam cita-cita tinggi untuk menjadikan kehidupan manusia ‘berbilang planet’ dengan membuktikan perkara itu menerusi projek angkasa lepasnya, SpaceX. 

“Wujud peluang 100 peratus semua spesies akan mengalami kepupusan akibat matahari semakin berkembang, melainkan manusia menjalani kehidupan di planet lain,” ciapnya dalam Twitter. 

Musk menjelaskan dakwaannya kerana terdapat bukti peristiwa kepupusan besar-besaran keenam dalam biodiversiti global akan berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia sepenuhnya.

Musk yang diiktiraf sebagai individu paling kaya di dunia memberitahu rancangan membina kapal angkasa Starship menerusi projek SpaceX bertujuan meneroka kehidupan baharu di planet Marikh. 

Starship adalah sebuah roket berteknologi tinggi dan lebih berkuasa daripada kapal angkasa sedia ada. 

Kapal angkasa itu adalah paling kompleks dan canggih pernah dihasilkan dan bertujuan membawa muatan yang lebih berat dengan kos lebih murah daripada roket konvensional sedia ada. 

Ditanya mengenai tempoh masa SpaceX akan mendaratkan manusia di Marikh, Musk memberikan anggaran garis masa tertentu. 

“Paling cepat adalah lima tahun, paling lambat boleh jadi 10 tahun,” katanya semasa diwawancara oleh Lex Fridman.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya