Bernilai RM1.2 bilion, The One rumah paling mahal di AS - Utusan Malaysia

Bernilai RM1.2 bilion, The One rumah paling mahal di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sebuah kediaman berkeluasan 105,000 meter persegi secara rasmi menjadi hartanah paling mahal di Amerika Syarikat (AS) iaitu pada harga AS$295 juta (RM1.2 bilion).

Kediaman mega yang dinamakan sebagai ‘The One’ itu disenaraikan dalam Branden Williams of The Beverly Hills Estates dan Aaron Kirman of Aaron Kirman Group at Compass.

Rumah itu dibina oleh pemaju Nile Niami dengan matlamat untuk menjadikannya sebagai kediaman paling mahal di AS dengan harga mencecah AS$500 juta (RM2.1 bilion).

Namun, matlamat itu gagal dicapai apabila pemaju muflis pada Disember lalu dan menyaksikan The One bakal dilelong sekiranya tidak dijual menjelang 7 Februari 2022.

Dalam pada itu, Williams memaklumkan pihaknya sudah mendapat beberapa tawaran daripada kerabat diraja Arab saudi dan hartawan China untuk membeli kediaman tersebut.

Selain itu, kediaman itu juga dijangka mendapat perhatian pembeli yang menggunakan mata wang kripto untuk dijadikan pelaburan pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya