Berebut masuk stadium untuk tonton bola, lapan maut di Cameroon - Utusan Malaysia

Berebut masuk stadium untuk tonton bola, lapan maut di Cameroon

PEMANDANGAN Stadium Bola Sepak Olembe di Cameroon. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE: Seramai lapan orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat rempuhan di pintu masuk Stadium Bola Sepak Olembe di ibu negara Cameroon. 

Kejadian itu berlaku selepas penyokong berebut-rebut masuk ke tempat duduk aras bawah stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Negara-Negara Afrika. 

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Messassi di bandar itu. 

Susulan insiden itu, Menteri Kesihatan Cameroon, Manaouda Malachie melawat mangsa yang menerima rawatan di hospital sebagai sokongan moral.

Keadaan di stadium terkawal selepas perlawanan tamat dengan Cameroon menewaskan Comoros menerusi jaringan 2-1.

Pihak stadium sebelum itu membenarkan kemasukan penyokong sebanyak 80 peratus. 

Stadium tersebut mampu menampung 60,000 pengunjung pada satu-satu masa, namun bilangan tersebut dikurangkan susulan kebimbangan penularan Covid-19.

Sehubungan itu, Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) akan menyiasat insiden berkenaan serta mendapatkan butiran lanjut mengenai insiden terbabit. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya