NEW YORK: Bau ketiak yang dihasilkan setiap individu adalah berbeza-beza bergantung dengan aktiviti atau makanan yang diambil.
Perkara itu disahkan oleh Pakar Dermatologi dari Pusat Perubatan Cornell-New York Presbyterian, Marisa Garschick yang menjelaskan puncanya adalah disebabkan penggunaan deodoran atau antiperspiran.
Jelasnya, deodoran atau antiperspiran bertindak secara berbeza.
Antiperspiran menghalang penghasilan peluh yang bercampur dengan bakteria di kulit, sementara, deodoran menutup bau peluh.
Punca kedua yang dijelaskan beliau adalah disebabkan faktor tidak mencukur bulu ketiak.
Bulu ketiak memerangkap lebih banyak peluh dari kulit sehingga lebih banyak peluang peluh di bahagian yang lebih berbulu tebal bercampur dengan bakteria penyebab bau.-AGENSI