Bekas ketua saintis NASA mahu ubah iklim Marikh untuk didiami manusia - Utusan Malaysia

Bekas ketua saintis NASA mahu ubah iklim Marikh untuk didiami manusia

GAMBAR menunjukkan Marikh berubah menjadi planet seperti bumi. - NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas ketua saintis Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Jim Green mencadangkan teknik ‘geoengineering’ dilakukan terhadap Marikh agar planet itu boleh didiami manusia.

JIM GREEN

Lapor Daily Mail, Green yang kini sudah bersara berkata, planet itu boleh dilitupi dengan ‘perisai magnet gergasi’ bagi melindunginya daripada zarah solar bertenaga tinggi.

Menurut Green, perisai pelindung itu akan menghalang matahari daripada melepaskan atmosfera planet Marikh, sekali gus membolehkan planet itu mempunyai iklim yang bersesuaian untuk manusia.

“Ya, ia boleh dilakukan, anda hanya perlu menghentikan pelepasan itu dan tekanan akan meningkat. Planet Marikh kemudian akan mula melakukan transformasi sendiri.

“Suhu dan tekanan yang tinggi membolehkan anda memulakan proses menanam tumbuhan di kawasan itu,” katanya kepada New York Times.

Green berkhidmat sebagai ketua saintis NASA selama 40 tahun dan bersara pada Sabtu lalu.

Green membincangkan rancangan Marikh itu dalam satu temubual bersama New York Times sempena persaraannya dengan NASA.

Jelas Green, beliau sudah pun mengusahakan kerja-kerja pelan berkenaan sejak tahun 2017 lagi apabila mula mendedahkannya kepada umum.

Sebelum ini, Green dalam satu ceramah di NASA Planetary Science Vision 2050 Workshop yang diadakan di Washington membentangkan simulasi, model dan idea awal berhubung cara medan magnet Marikh boleh dibentuk semula.

Beliau turut menjelaskan bagaimana iklim di Marikh boleh menjadi lebih mesra untuk penerokaan manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya