OHIO: Satu bebola rambut manusia seberat 102 kilogram berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness.
Gumpalan rambut itu dikumpul oleh seorang pemilik salon rambut, Steve Warden di Cambridge.
Katanya, anak lelakinya mendapat inspirasi untuk mengumpul lebihan rambut pengunjung yang datang ke salon mereka untuk masuk ke dalam rancangan Ripley’s Believe It or Not!.
“Saya tidak sangka bebola rambut ini akan memecahkan rekod dunia, sekali gus bakal menjadi tatapan banyak orang di seluruh dunia.
“Saya mahu tunjukkan kepada keluarga, anak dan cucu bahawa kita mampu lakukan apa sahaja biarpun idea itu mungkin kedengaran gila dan pelik,” katanya.
Bebola rambut yang diberikan nama sebagai ‘Hoss’ itu berjaya mendapat perhatian Ripley’s sebelum ia ‘ditambah baik’ untuk pecahkan rekod Guinness.
Bebola rambut itu menewaskan rekod sebelum ini yang dilakukan oleh seorang tukang gunting rambut, Henry Coffer pada 2014.
Coffer mengumpulkan rambut seberat 75 kilogram.