PERANCIS: Pelik tapi benar. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan Trembling Rock of Huekgoat, batu granit seberat 137 tan yang boleh digerakkan oleh mana-mana manusia normal.
Batu granit berukuran tujuh meter itu boleh digerakkan dengan syarat individu itu mengetahui cara spesifik menolaknya.
Hutan Huelgoat adalah habitat kepada banyak batu besar dan keajaiban geologi, tetapi Trembling Rock adalah paling popular di kawasan itu.
Batu bujur itu sangat besar dan berat sehinggakan tiada sesiapa pernah berharap untuk memindahkannya sendiri.
Tanpa mengira saiz badan, mana-mana individu boleh menjadi manusia terkuat dalam dunia kerana mampu menggerakkan Trembling Rock.
Batu itu terletak di atas batu yang mempunyai permukaan yang lebih luas dalam kedudukan sangat unik kerana kedudukan itu membolehkan orang ramai menggerakkan batu tersebut.
Batu itu juga dikenali sebagai batu Logan dan menjadi tarikan utama orang ramai yang mengunjungi Huelgoat.