LONDON: Sejumlah banduan wanita di sebuah penjara di selatan London dilaporkan mempunyai berat badan berlebihan sehingga sering menyebabkan mangkuk tandas pecah.
Pasukan pemeriksa memaklumkan, seramai 210 banduan di penjara HMP Downview mengalami pertambahan berat badan, terutamanya semasa perintah berkurung dilaksanakan.
Ketika itu, banduan banyak menghabiskan masa dalam sel masing-masing selama 22 jam sehari dengan hanya 30 minit masa diperuntukkan untuk senaman.
Selain itu, mereka juga sering menikmati snek ketika di dalam sel, sekali gus menjadi antara penyebab berat badan bertambah.
Keadaan itu menyaksikan banduan membuat aduan kepada lembaga penjara dan memaklumkan banyak mangkuk tandas kerana berat mereka yang terus bertambah.
Sementara itu, pengurusan penjara tersebut sedia maklum mengenai keadaan tersebut dan memberitahu akan mengambil pendekatan segera bagi mengatasi masalah berkenaan.