Bakal pengantin mahu dijangkiti Covid-19 demi elak majlis kahwin tertangguh - Utusan Malaysia

Bakal pengantin mahu dijangkiti Covid-19 demi elak majlis kahwin tertangguh

RAKAMAN memaparkan wanita itu berhiburi di kelab malam dengan harapan dijangkiti Covid-19. - MADDYSMART31/TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Seorang bakal pengantin wanita dilaporkan cuba melakukan seberapa banyak perkara yang membolehkannya dijangkiti Covid-19 supaya virus maut itu tidak ‘mengganggu’ majlis perkahwinannya.

Lapor Daily Mail, satu rakaman video menunjukkan wanita dari Melbourne itu berhibur di sebuah kelab malam sebelum berkahwin pada Februari depan.

Rakaman itu memaparkan wanita berkenaan memeluk beberapa lelaki dan sanggup berkongsi minuman dengan orang lain di kelab malam tersebut.

Wanita tersebut melakukan demikian dengan harapan dia akan dijangkiti Covid-19 pada waktu itu dan bukannya pada hari menjelang perkahwinannya.          

Rakaman video bertajuk Catch Covid not feelings yang dimuat naik di aplikasi TikTok, menjadi tular.

Video tersebut bertentangan dengan amaran pakar kesihatan yang menggesa warga Australia supaya mengelak daripada dijangkiti virus itu. 

Pakar turut mengesyorkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan dos penggalak bagi mengurangkan kebarangkalian mengalami gejala lebih teruk.  

Hampir 100,000 kes Covid-19 sehari dilaporkan di seluruh Australia akibat varian Omicron yang semakin berleluasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya