Bakal pengantin dirogol selepas dicekik sampai mati - Utusan Malaysia

Bakal pengantin dirogol selepas dicekik sampai mati

MAYAT mangsa yang mati dibunuh dan dirogol (kiri) oleh suspek di Aceh.-TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seorang lelaki tergamak merogol seorang bakal pengantin selepas mencekiknya sampai mati di Kelurahan Bagan Deli, Medan Balawan.

Lapor Tribunnews, Ketua Polis Pelabuhan Belawan, Faisal Ramhat Husein Simatupang berkata, mangsa berusia 19 tahun ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam sebuah bilik, Khamis lalu.

Katanya, pihak polis turut mendapati bekas cekikan di leher mangsa.

Jelasnya, pihak polis kemudian berjaya memberkas dua jiran mangsa berusia 25 dan 28 tahun.

Faisal memberitahu, salah seorang suspek mengaku mencintai mangsa dan sempat merogol wanita itu.

Beliau malah menjelaskan suspek mengaku cemburu kerana mangsa hendak bernikah dengan orang lain, selain motif dendam akibat tidak memberikan pinjaman wang.

“Suspek turut mengambil sebuah telefon bimbit, wang tunai dan cincin emas pertunangan milik mangsa selepas melakukan jenayah tersebut,” katanya,.

Menurut Faisal, kes berpunca ketika kedua-dua suspek mengambil dadah jenis syabu.

Jelasnya, suspek yang berada di bawah pengaruh dadah kemudian berniat jahat dengan mencuri di dalam kampung tersebut.

“Kebetulan masa itu, mereka melihat rumah mangsa kosong dan masuk ikut tingkap serta mencekik mangsa sehingga mati.

“Kejadian bertambah keji apabila suspek mengetahui mangsa sudah mati, tetapi mengambil kesempatan melampiaskan nafsu terhadap mayat tersebut,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya