AS persoal tindakan Kazakhstan minta bantuan Rusia - Utusan Malaysia

AS persoal tindakan Kazakhstan minta bantuan Rusia

PIHAK berkuasa Rusia memaklumkan seramai 2,500 tentera negara itu akan berada di Kazakhstan buat sementara waktu.-KEMENTERIAN PERTAHANAN RUSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mempersoalkan keputusan Kazakhstan yang meminta bantuan ketenteraan Rusia bagi meredakan konflik di negara itu.

Lapor BBC, Blinken percaya Kerajaan Kazakhstan boleh menangani protes tersebut sendiri dan tidak jelas alasan tentera Rusia dikerah ke negara itu.

Sehingga kini, seramai 2,500 tentera Rusia sudah berada di Kazakhstan.

“Pengajaran perlu diambil apabila Rusia berada di negara anda dan sangat sukar untuk meminta mereka pergi semula.

“Saya pasti kerajaan Kazakhstan mempunyai kapasiti untuk menangani protes dengan sewajarnya dan menghormati hak penunjuk perasaan dengan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman.

“Jadi tidak jelas mengapa mereka merasakan keperluan untuk meminta sebarang bantuan luar,” katanya.

Pertempuran antara pasukan bersenjata dengan pasukan keselamatan negara menyaksikan 748 anggota keselamatan cedera dan 18 terbunuh.

Kazakhstan berdepan ketegangan terbesar dalam tempoh beberapa dekad selepas siri protes yang membantah kenaikan harga bahan api.

Pihak berkuasa di Moscow menjelaskan kerahan tentera itu berdasarkan Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang dianggota lima negara iaitu Rusia, Belarus, Armenia, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev membuat permohonan bantuan tersebut selepas peserta protes menyerang pejabat datuk bandar di Almaty dan lapangan terbang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya