AS lulus pembebasan lima lagi tahanan Guantanamo Bay - Utusan Malaysia

AS lulus pembebasan lima lagi tahanan Guantanamo Bay

Kompleks Penjara Guantanamo Bay di Cuba. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan meluluskan pembebasan lima lagi banduan dari di pusat tahanan Guantanamo Bay.

Bagaimanapun, langkah itu tidak bermakna banduan tersebut akan meninggalkan penjara itu dalam masa terdekat.

Lapor Al Jazeera, banduan itu terdiri daripada tiga warga Yaman, seorang rakyat Somalia dan seorang dari Kenya.

Maklumat itu berdasarkan dokumen disiarkan secara dalam talian oleh Jabatan Pertahanan AS pada minggu ini.

Lima individu itu antara 39 banduan yang masih ditahan di penjara ketenteraan berpangkalan di Cuba.

Secara keseluruhannya, banduan tersebut menghabiskan masa selama 85 tahun dalam penjara yang beroperasi lebih dua dekad lalu.

Guantanamo Bay ditubuhkan selepas serangan pengganas di AS pada 2001 bagi menempatkan tahanan disyaki terlibat dengan kegiatan keganasan atau jenayah berat. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya