AS, Jerman ugut hentikan projek saluran paip Rusia - Utusan Malaysia

AS, Jerman ugut hentikan projek saluran paip Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengugut untuk menghentikan pembukaan saluran paip gas Nord Stream 2 dari Rusia ke barat Eropah sekiranya negara itu menyerang Ukraine.

Nord Stream 2 berfungsi dari Rusia sehingga ke Jerman dan pihak berkuasa di Berlin menegaskan projek itu akan ‘bakal dikenakan pelbagai sekatan’ sekiranya Rusia melancarkan serangan.

Sekutu Barat sudah pun menyasarkan ekonomi Rusia dengan yang terbaharu melibatkan saluran paip tersebut.

Rusia sehingga kini menafikan dakwaan Barat mengenai rancangannya untuk menyerang Ukraine.

Penempatan puluhan ribu anggota tentera Rusia di kawasan sempadan negara itu dengan Ukraine mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan negara Barat.

“Saya ingin jelaskan, sekiranya Rusia menyerang Ukraine, Nord Stream 2 tidak akan berjalan seperti yang dirancang,” kata jurucakap Jabatan Negeri AS, Ned Price.

Namun, Price enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai bagaimana sekatan terhadap saluran paip itu akan berlangsung dan timbul persoalan sekiranya AS mempunyai kuasa untuk menghentikan projek berkenaan.

“AS akan bekerjasama dengan Jerman untuk memastikan projek itu tidak dapat diteruskan jika Rusia menyerang Ukraine,” ujar Price.

Sementara itu, Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock memberitahu, dialog berterusan dengan Moscow mungkin jalan penyelesaian terbaik untuk meredakan konflik.

Saluran paip sepanjang 1,225 kilometer itu mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan dengan menelan belanja AS$11 bilion (RM46 bilion).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya