AS beri amaran Rusia sedia serang Ukraine bila-bila masa - Utusan Malaysia

AS beri amaran Rusia sedia serang Ukraine bila-bila masa

GAMBAR dikeluarkan Kementerian Pertahanan Belarus menunjukkan anggota tentera Rusia tiba di negara itu berhampiran Ukraine. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai kemungkinan Rusia melancarkan serangan terhadap Ukraine bila-bila masa.

Amaran itu dibuat menjelang misi diplomatik oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

Pegawai AS meningkatkan tahap ancaman, dengan menegaskan krisis itu sudah mencapai peringkat baharu yang berbahaya.

“Kami percaya pada tahap ini, Rusia boleh melancarkan serangan ke atas Ukraine bila-bila masa.

“Malah, saya boleh menyatakan situasi itu lebih jelas daripada apa yang sedang kita alami,” kata
Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki.

Ketika puluhan ribu tentera Rusia berkumpul di sempadan Ukraine, Blinken dilaporkan bertemu wakil Ukraine dan sekutu Eropah sebelum perbincangan diadakan dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, Jumaat ini.

Dalam pada itu, Psaki menyalahkan pemimpin Rusia dengan mendakwa Presiden Vladimir Putin mewujudkan krisis tersebut.

Beliau juga sekali lagi memberi amaran sekatan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini
akan menyusul serangan Rusia terhadap Ukraine.

Psaki menegaskan ia mungkin termasuk menangguhkan saluran paip gas Nord Stream 2 dari Rusia
ke Jerman.

Russia sebelum ini menegaskan tidak bercadang menyerang Ukraine.

Namun, pada 2014, Rusia bertindak merampas sebuah wilayah negara itu selain menyokong pemberontak pemisah di wilayah lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya