Arca pasir pelbagai bentuk, saiz di sepanjang Tasik Michigan - Utusan Malaysia

Arca pasir pelbagai bentuk, saiz di sepanjang Tasik Michigan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MICHIGAN: Para pengunjung berpeluang menyaksikan sejumlah arca pasir yang terbentuk dalam pelbagai saiz dan rupa di sepanjang Tasik Michigan.

Pembentukan arca pasir itu diakibatkan oleh tiupan angin dan cuaca sejuk atau hujan.

Cuaca sejuk menyebabkan sebahagian pasir menjadi beku dan pergerakan angin secara tidak langsung membentuk formasi serta keadaan pasir yang sedikit lembab menjadikan bentuknya kekal dalam tempoh tertentu.

Seorang jurufoto, Joshua Nowicki sempat merakam beberapa gambar menakjubkan menampilkan pelbagai bentuk dan saiz arca pasir di sepanjang tasik berkenaan.

“Bentuk arca pasir itu kekal lama kerana akan jatuh apabila ditiup angin kuat.

“Setakat ini, arca pasir yang paling besar pernah saya temukan adalah setinggi 38 sentimeter,” katanya kepada Fox 2.

Fenomena itu mendapat perhatian para pengunjung dengan seorang daripadanya, Terri Abbott menyifatkan kesemua arca tersebut sangat unik.

“Berjalan di tepi tasik ini sambil menyaksikan pelbagai bentuk dan saiz arca pasir membuatkan kami seperti berada di planet lain.

“Kami tidak pernah menyaksikan fenomena itu,’ ujarnya.

Sementara itu, seperti kebanyakan negeri, Michigan juga berdepan dengan musim sejuk melampau dan angin kencang awal Januari setiap tahun, sekali gus menyebabkan fenomena tersebut berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya